Pages

Wednesday, January 1, 2020

Cara Jadi Agent Perunding Hartanah 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua , fuad akan ceritakan bagaimana proses untuk menjadi perunding hartanah atau agent hartanah atau agent property atau agent rumah atau dikenali Real Estate Negotitors (REN) . Semua boleh guna , terpulang asalkan bidang hartanah juga . Untuk menjadi perunding hartanah yang sah disisi undang undang , semua diwajibkan untuk menghadiri kursus dua hari yang dikenali sebagai Negotiators Certification Course (NCC) .

Ada beberapa training centre yang menyediakan kursus ini , salah satunya Malaysian Institute of Estate Agent (MIEA) , klik web . Kadar bayaran pula RM636 termasuk gst . Makan minum pagi , tengah hari dan petang turut disediakan , waktu ni lunch mereka tak provide so diberi RM30 untuk lunch setiap sorang .



Kursus yang dianjurkan oleh MIEA diadakan 4-5 kali sebulan , boleh pilih sama ada hari biasa atau hujung minggu , bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang . Ditempat ibu pejabat sendiri di Petaling Jaya atau ada juga tempat lain , khusunya mereka yang menetap di luar bandar , seperti Kuantan , Kedah , Johor , Melaka , Penang , Sabah dan Sarawak .


Pastikan anda datang awal , 30 minit sebelum bermulanya kursus . Ketika ini agak ramai juga , dalam 50 orang .


Setiap peserta akan diberikan name sticker boleh dilekatkan di baju masing masing .



Kursus ini dalam bahasa English , tidak semua fasih berbahasa English , tidak mengapa jika anda tak faham boleh buat ulangkaji sewaktu balik nanti , Fuad pun bukanlah seorang yang fasih berbahasa English , kalau tak faham boleh semak balik di Google . Sebenarnya banyak saja info yang telah diperjelaskan oleh perunding hartanah yang berpengalaman di website mereka , hanya search saja di google , boleh ambil sebagai rujukan .



Selepas habis kursus selama dua hari anda perlu tunggu untuk pengeluaran sijil kedatangan . Kalau dulu sijil diberi selepas tamat saja kursus tapi sekarang pihak Lembaga Penilai nak pastikan dulu kedatangan peserta . Sijil ini sangat penting untuk anda memohon sebagai perunding hartanah di mana mana saja agensi hartanah yang berdaftar .

Alhamdulillah hari keempat dapat email dari MIEA , bahawa sijil sudah sedia untuk di punggut . Yeah , step pertama sudah selesai .



Pencarian firma agensi yang berdaftar boleh dibuat melalui peta google atau boleh layari web Lembaga Penilai & Pentaksir Malaysia disini . Klik 'Search for Firm' , taip kawasan seperti Ampang dan pilih State Selangor , akan dipaparkan senarai firma agensi hartanah yang berdaftar , hubungi mereka , bagitau untuk jadi perunding hartanah , tapi sebelum itu pastikan mereka ada quota . Untuk satu Real Estate Agency (REA) hanya dibernarkan untuk melantik 50 orang Real Estate Negotiators (REN) sahaja dan mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa , jika quota penuh bermakna anda perlu tunggu salah seorang keluar atau ada penambahan REA .

Setiap agensi mengenakan caj pendaftaran bagi ahli baru , tidak menentu , anggaran RM100-RM500 , kalau boleh cari yang rendah, selepas anda telah didaftarkan oleh agensi , anda harus tunggu untuk proses mendapatkan nombor ahli Real Estate Negotiators (REN) dan juga tag , jika tiada no REN anda tidak boleh berurus niaga dengan client . Proses ini mengambil beberapa minggu selepas anda kemukakan butiran yang diminta seperti gambar sijil , gambar passport , ic , nama dan alamat .

Alhamdulillah selepas 2 minggu nama sudah ada di LPPEH . Ren Tag pula akan dapat dalam tempoh sebulan bergantung kepada BOVEA .




1 comment:

  1. Hi..nak tanyalah kalau kita daftar under agency, tapi kita dapat own customer, so commission still bagi dengan agency tak?

    ReplyDelete