Pages

Friday, May 1, 2020

Apa Itu Rumah Under Construction , Rumah Subsale Dan Rumah Baru

Ramai pembeli terfikir fikir dan delima rumah apa yang paling bagus untuk dibeli . Rumah baru atau rumah subsale atau rumah under construction ? 

Sebenarnya ketiga tiga ini mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri , semuanya terserah dan terpulang kepada masing masing. Fuad akan cuba terangkan satu persatu di bawah .

RUMAH BARU


Rumah baru pastinya menjadi pilihan utama semua pihak . Siapa tak nak kalau semuanya serba serbi baru , orang kata tu bau kedai lagi . Tapi kekurangannya pula bila sebuah kawasan perumahan baru diwujudkan pastinya kemudahan asas itu agak kurang , kedai serbaneka pun baru nak operasi . Terutamanya kawasan di luar bandar . 

Lepas tu pula anda tak kenal siapa jiran rumah , anda tak tahu bagaimana norma kehidupan disitu , anda tak dapat nak kaji lebih lagi dan mungkin agak sunyi maklumlah rumah baru mungkin hanya beberapa rumah saja baru berpenghuni . 


Kebanyakkanya rumah yang dah siap sudah bertuan ketika under construction lagi , mereka tak tinggal disitu tapi lebih kepada untuk pelaburan jangka masa panjang .





RUMAH SUBSALE


Rumah subsale atau rumah secondhand terdapat banyak di mana mana dan mudah dijumpai . Kebanyakkanya ramai orang suka dan gemar membeli rumah subsale , walaupun secondhand tapi banyak perkara yang mempengaruhi untuk kita membeli seperti dekat dengan tempat kerja , kita sudah tahu corak kehidupan di kawasan perumahan tersebut dan pastinya apabila kawasan itu sudah lama dikediami akan wujud terdapat sumber kemudahan asas yang telah ada sekian lama.

Seperti deretan kedai , dobi , station minyak , pasaraya , sekolah dan banyak lagi . Malah sebelum beli tu kita dah tau kawasan ini dikediami oleh bangsa apa , adakah kawasan ini 'hot area' , adakah kawasan banjir , kita juga boleh bertanya kepada jiran jiran disitu . 


Tambahan pula bila beli rumah subsale anda akan membeli dengan pemilik rumah tersebut , sudah tentu anda boleh membuat rundingan mengenai harga , jika terdapat kerosakan atau kebocoran minta tuan rumah baiki terlebih dahulu atau kurangkan lagi harga .



RUMAH UNDER CONSTRUCTION


Rumah undercon atau rumah under construction adalah rumah yang masih dalam pembinaan atau belum bina pun lagi yang masih dalam plan. Kebanyakkanya pemaju menawarkan discount , zero deposit , free legal fee dan pelbagai barangan rumah percuma . Maklumlah nak tunggu rumah siap pun makan masa , jadi dengan ditawarkan beberapa faedah pastinya memikat hati si pembeli .

Bagusnya beli rumah undercon boleh buat pelaburan dengan menjual balik , harini beli dengan harga RM200K lagi dua tahun siap harga sudah naik lebih RM300K , sebab itu ramai beli tak duduk pun , dia jual balik dengan harga pasaran . 


Tapi risiko beli rumah undercon ni kadang kala pemaju bermasalah , bayangkan duit loan dah bayar bulanan tapi tengok tapak masih belum bangun pun lagi , yang ada hanya tiang sahaja . Janji hanya tinggal janji . 


Tambahan tu pula bila tak dapat selesaikan masalah habis ditinggalkan begitu saja , dah terbengkalai . Jangan tak tahu ini banyak terjadi projek projek tergendala , yang menjadi mangsa adalah pembeli . 


Jadi pastikan rumah yang anda nak beli di bawah pemaju yang mempunyai reputasi yang bagus bagi mengelakkan sebarang masalah kemudian hari nanti .



No comments:

Post a Comment