Pages

Saturday, May 2, 2020

Apa itu Master Title , Individual Title dan Strata Title

Soalan yang selalu diajukan jika kita nak jual rumah , ejen akan tanya dah tukar individul title atau strata title ? Kita pun terfikir dan tak faham apa yang dimaksudkan itu . Malah kalau kita tanya penduduk rumah condo , apartment dan flat masih ramai yang belum ada geran srata , sebab masih ramai tak tahu mengenai ini . Title iaitu geran , setiap geran mempunyai detail pengesahan pemilik tanah tersebut . 

MASTER TITLE


Master title adalah tapak tanah yang luas dimiliki oleh pemaju yang akan dibangunkan bagi projek perumahan . Contoh pemaju Ali membeli tanah 100 ekar untuk buat 20 buah rumah double storey . So tanah itu akan jadi master title sebab empunya hanya pemaju sahaja .

Pemaju buat rumah double storey

 Pemaju buat condo / apartment / flat 

INDIVIDUAL TITLE


Individual title adalah pecahan lot tanah Master Title untuk setiap landed property seperti rumah terrace. Contoh pemaju Ali membeli 100 ekar tanah untuk buat 20 buah rumah double storey . 

Apabila siap 20 buah rumah tersebut tanah master title tadi akan di pecahkan dan diconvertkan kepada individual title bagi setiap pemilik rumah masing masing . So pemilik rumah A , B , C , D , E setiap sorang ada individual title itu .

STRATA TITLE


Strata Title adalah pecahan lot kecil daripada tanah Master Title bagi setiap bangunan bertingkat seperti rumah condo , apartment dan flat . Contoh pemaju Ali membeli lima ekar tanah untuk buat dua  bangunan rumah flat lima tingkat . 

Apabila bangunan rumah flat tersebut sudah siap dibina maka pemaju akan menukar dari Master Title ke Strata Title untuk setiap pemilik rumah flat tersebut , kalau satu flat ada 100 rumah bermaksud 100 pemilik akan dapat geran strata dan 100 pemilik itu juga akan berkongsi tanah yang sama . 

Usually boleh punggut selepas 6 bulan dapat kunci . Setelah di convert ke strata barulah JMB ( Joint Management Body ) atau Badan Pengurusan Flat dapat ditubuhkan untuk selengara dan mengutip duit bulanan maintenance .  Jika pemaju tidak menukar lagi dari master ke strata melebihi 10 tahun kebiasaanya bank akan menolak pinjaman pembeli . Jadi bila dah duduk rumah flat tolong dapatkan geran strata , salah satu syarat duit maintenance haruslah tiada tunggakan . 



No comments:

Post a Comment