Pages

Sunday, March 15, 2020

Sebab Pinjaman Rumah Tak Lulus

Sebenarnya ada beberapa faktor yang mempengaruhi kenapa pinjaman kita tidak diluluskan . Fuad akan senaraikan satu persatu dengan huraiannya .


GAJI

Gaji yang rendah semestinya memberi kesan yang besar terhadap pinjaman yang kita mohon . Sebenarnya tidaklah menjadi suatu masalah jika jumlah pinjaman yang kita mohon di bawah kemampuan gaji . Yang penting kira dulu our DSR (Debt Service Ratio) untuk mengetahui harga rumah yang mampu anda beli .




KOMITMEN

Jika gaji besar tapi banyak komitmen pun boleh jadi masalah , bayangkan gaji bersih lima ribu . Kereta guna honda , bulanan RM1200 , credit card RM300 , PTPTN RM300 , personal loan RM1000 , jumlah RM2800 . Gaji bersih RM5000 - komitmen RM2800 , jumlah RM2200 . Kalau kira DSR ( Debt Service Ratio ) anda layak beli rumah RM140k saja ! Cara kira DSR klik sini .




SEJARAH PINJAMAN

Orang cakap semakin banyak anda buat loan semakin cerah peluang untuk pinjaman diluluskan , berbanding mereka yang tidak pernah memohon sebarang pinjaman . Bunyi macam pelikkan , sepatutnya yang tak pernah buat pinjaman lah yang mudah untuk diluluskan . Tidak sebenarnya , bank akan tengok karakter seseorang berpandukan cara mereka membayar pembiayaan bulanan , katakan selama tempoh pinjaman anda bayar duit bulanan kereta tepat pada waktunya , tak pernah tertunggak , jadi disini pihak bank dah nampak yang anda seorang yang displin dalam pembayaran pinjaman . Anda rasa rasa bank dengan senang hati tak untuk bagi anda pinjaman ? Semestinya ! 




CCRIS

Central Credit Reference Information System atau pusat sistem rujukan maklumat kredit di bawah penguasaan Bank Negara Malaysia bagi mengeluarkan segala butiran rekod bayaran penghutang dalam tempoh 12 bulan , termasuk pinjaman PTPTN . Jika bank semak CCRIS dan lihat anda punya rekod bayaran balik teruk , mereka akan reject terus pinjaman anda . So berhati hati dalam hal ini , ramai graduan yang tak nak bayar langsung PTPTN , bila nak buat pinjaman rumah dah susah .




BANKRUPT / MUFLIS

Apabila seseorang itu telah diisytiharkan muflis oleh mahkamah , semua akaun simpanannya akan ditutup , segala transaksi akan disekat , tiada apa lagi yang boleh dibuat .




TEMPOH PAJAKAN

Untuk tanah berstatus leasehold yang mempunyai pajakan kurang 30 tahun , kebanyakkan mana mana bank tidak akan memberikan sebarang pinjaman . Pemilik tanah perlu membuat permohonan melanjutkan tempoh pajakan .


BAKI AKAUN

Bukan sahaja penyata bank yang cantik , malah baki akaun simpanan juga perlu cantik , bayangkan baru setengah bulan baki sudah tinggal RM10 , pastikan sewaktu menyerahkan penyata akaun , baki yang tinggal di dalam akaun muhasabah . Kita kena tunjuk kepada pegawai bank bahawa kita mempunyai jumlah simpanan yang menyakinkan .




PEKERJAAN

Pekerja yang masih status dalam kontrak amat sukar untuk membuat permohonan pinjaman , sebab bank nampak anda tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan rasa kurang selamat untuk memberikan pinjaman .



KETELUSAN 

Ada orang sanggup mempalsukan dokumen seperti slip gaji dan ada yang cuba untuk menyembunyikan komitmen bulanan tetap yang harus di bayar , pegawai bank semuanya bijak pandai , mereka akan semak dan jejak segala butiran anda , jika mereka tahu lagi susah anda nanti .







No comments:

Post a Comment