Pages

Tuesday, March 17, 2020

Maksud Hakmilik Sementara , Geran Mukim & Pajakan Negeri

Selalu kalau kita tengok geran mesti akan ada tertanya tanya , kenapa ada Hakmilik Sementara , Geran Negeri , Geran Mukim , Pajakan Negeri & Pajakan Mukim . Ada yang fikir Hakmilik Sementara ni rupanya tanah Leasehold , sama sekali tidak hehe .

Okey fuad akan explain satu persatu supaya anda faham apabila melihat sesuatu geran , lihat contoh di bawah





" HAKMILIK SEMENTARA "

Huraian ,
Hakmilik Sementara - Hakmilik Sementara diberikan bagi tanah yang belum diukur secara sempurna , malah tanah tersebut tak boleh pecah sempadan, pecah bahagi dan disatukan tanah. Pecah bahagian bangunan juga tidak dibolehkan . Selepas ukuran tanah telah dibuat secara sempurna oleh JUPEM dan batu sempadan telah pun ditanam , maka barulah Hakmilik Tetap dikeluarkan . Pengeluaran HS ini akan membolehkan tuan punya tanah membuat pindahmilik, gadaian atau pajakan sebelum kerja ukur diselesaikan. Oleh itu terdapat dua jenis hakmilik iaitu hakmilik tetap dan hakmilik sementara.

HAKMILIK TETAP - Apabila ukuran tanah telah dibuat dengan sempurna , maka HAKMILIK SEMENTARA akan bertukar kepada antara empat iaitu ,

Geran Negeri - dikeluarkan untuk tanah yang diberimilik selama-lamanya
Pajakan Negeri - bagi tanah yang diberimilik bagi satu tempoh beberapa tahun.
(Geran dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Negeri)

Geran Mukim - ialah untuk tanah diberimilik selama-lamanya 
Pajakan Mukim - untuk tanah yang diberimilik bagi satu tempoh beberapa tahun.
(Geran dikeluarkan oleh Pejabat Tanah)


Beza Geran dan Pajakan

Geran - Hakmilik selamanya , pegangan bebas (Freehold)
Pajakan - Tanah yang dipajak oleh kerajaan negeri bagi sesuatu tempoh , selalunya 99 tahun . (Leasehold)

Maklumat lanjut Freehold & Leasehold klik sini 


Dah faham ayat HAKMILIK SEMENTARA , so sekarang ayat BERSAMAAN DENGAN

" HAKMILIK PEJABAT TANAH " , atau " HAKMILIK PEJABAT PENDAFTAR "

Huraian ,

Hakmilik Pejabat Pendaftar - Didaftarkan oleh Pendaftar Hakmilik di Pejabat Pendaftaran Negeri (satu disetiap negeri – ibu negeri) (Pejabat Tanah Galian Negeri)

Sebab kenapa didaftarkan Hakmilik Pejabat Pendaftar :
i. Tanah bandar atau tanah pekan,
ii. Mana-mana tanah desa yang lotnya lebih 4 hektar (10 ekar)
iii. Mana-mana bahagian pantai pasang surut atau dasar laut,
iv. Mana-mana lot tanah desa yang luasnya kurang 4 hektar tetapi PBN (Pihak Berkuasa Negeri) mengarahkan tanah tersebut dipegang oleh Pejabat Pendaftar (proviso seksyen 77(3)).

Hakmilik Pejabat Tanah - Didaftarkan oleh Pentadbir Tanah bagi satu-satu daerah (satu di setiap daerah atau daerah kecil). (Mukim)

Sebab kenapa didaftarkan Hakmilik Pejabat Tanah iaitu:
i. Mana-mana tanah desa yang luasnya kurang 4 hektar,
ii. Semua tanah yang dipegang di bawah Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok), 1960.



Jadi sekarang anda semua dah tau maksud .



No comments:

Post a Comment