Pages

Wednesday, March 18, 2020

Freehold dan Leasehold Perbezaan dan Maksud

Kita sering lihat di mana mana saja iklan hartanah pasti akan tertera Freehold atau Leasehold . Kalau Freehold tu besar besar dia cop kat situ , kenapa ? haa pastinya ada sebab , malah bila orang tengok geran tak tau pun hartanah tersebut freehold atau leasehold , sebab tak dinyatakan kat situ , ya memang tak tulis pun . Tak apa fuad akan cuba huraikan maksud dan juga perbezaan .


Freehold bermaksud Pegangan Bebas , kita miliki tanah tersebut selamanya tanpa sebarang sekatan mana mana pihak jika kita ingin menjualnya .

Leasehold bermaksud Pajakan , tanah yang kita duduki ada pajakan dari kerajaan negeri dalam suatu tempoh tertentu , selalunya 99 tahun . Ia lebih kurang kita sewakan tanah itu kepada penyewa untuk tempoh tertentu saja , habis je tempoh pemilik tanah akan ambil balik .

Perkara paling basic bagi mereka yang ada geran ,

Freehold - Hakmilik Sementara - Geran Negeri - Geran Mukim

Leasehold - Hakmilik Sementara - Pajakan Negeri - Pajakan Mukim

Nak tau mengenai Hakmilik Sementara , Geran , Pajakan klik sini




Cuba tengok di " Pajakan selama tempoh 99 tahun berakhir pada 4 Mac 2019 " , bila nampak saja ayat ni bermaksud geran anda adalah Leasehold sebab ada pajakan dari kerajaan negeri selama 99 tahun , kalau tak ada maksudnya geran anda adalah Freehold , tanah tersebut milik anda selamanya dan tiada sekatan mana mana pihak jika di bahagian "Sekatan-Sekatan Kepentingan - TIADA" . Walaubagaimanapun , pihak kerajaan Malaysia berhak mengambil mana mana tanah bagi tujuan pembangunan atau apa sahaja , ini termaktub dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 .

Kalau ikutkan pada permintaan dan pilihan pastinya tanah Freehold menjadi rebutan ramai , akan tapi harus ingat tanah freehold di bandar sekarang sudah berkurangan dan juga lebih mahal dari tanah Leasehold . Dan tak semestinya tanah Leasehold tidak laku , ada kala tanah leasehold lagi mahal dan mendapat permintaan , bergantung kepada lokasi . Bagi pendapat fuad sendiri sekarang orang macam tak berapa kisah sangat kalau tanah tu Leasehold , asalkan lokasi terbaik , rumah cantik dan harga pun cun , memang dia orang rembat .



Proses penjualan hartanah Freehold juga lebih mudah berbanding Leasehold , kerana selepas proses sign Sales & Purchasers , peguam boleh terus membuat pertukaran pindah milik hartanah berbanding Leasehold peguam perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada kerajaan negeri , selepas approve barulah boleh tukar , sebab itu proses jual beli rumah untuk Freehold hanya 3-4 bulan berbanding Leasehold 6-7 bulan .

Tanah Leasehold ada tarikh luput pajakan berbanding Freehold tiada , jika tarikh luput kurang dari 40 tahun , kebanyakkannya bank tidak akan memberi sebarang pinjaman , kenapa ? Tempoh pinjaman saja 35 tahun , jika peminjam gagal untuk membayar bank terpaksa lelong , masalahnya ada ke orang nak beli rumah yang tempoh pajakan kurang 10 tahun , memang tak laku dan ia akan merugikan  pihak bank . Malah untuk perbaharui (renew) tempoh pajakan pula bukan sikit sikit kos .





No comments:

Post a Comment