Pages

Sunday, March 15, 2020

Cara Mudah Kira Kelayakan Beli Rumah

DEBT SERVICE RATIO

Kirakan Nisbah Hutang Anda

Skor kredit anda adalah salah satu faktor yang paling penting dalam memenuhi syarat untuk pinjaman.

Bank akan mengukur keupayaan pembayaran balik melalui Debt Service Ratio (DSR),  pengiraan yang menunjukkan perkadaran hutang anda berhubung dengan jumlah pendapatan .



Sebab itu sangat penting untuk tau kita punya DSR , orang akan selalu beranggapan , makin besar pendapatan makin mudah untuk membuat pinjaman malah boleh beli rumah mahal lagi . Betul , tidak dinafikan tetapi kita tidak boleh pandang dari sudut gaji semata mata , seharusnya perlu di lihat secara keseluruhan termasuk jumlah komitmen bulanan , jangan terkejut jikalau ada kawan gaji bersih RM5000 hanya mampu beli rumah anggaran RM140K saja , manakala yang gaji bersih RM2500 mampu beli anggaran rumah RM300K . 

Setiap bank mempunyai DSR yang berbeza yang akan dikenakan ke atas peminjam untuk diluluskan permohonan pinjamannya. Secara kasarnya ,

Individu gaji bersih bawah RM3000 , had DSR bank 60%
Individu gaji bersih atas RM3000 , had DSR bank 70%

Formula paling mudah , jom sama sama kita kira 

Gaji pokok + elaun = Gaji Kasar
Gaji Kasar - Kwsp - Socso - Cukai - Zakat = Gaji Bersih

Gaji Bersih x DSR = 

RM2500 x 60% = RM1500

RM1500 - Komitmen = 

Komitmen Bulanan seperti 
- Kereta
- PTPTN
- Pinjaman Peribadi
- Pinjaman Rumah
- Pinjaman ASB
- Kad Kredit

Untuk kad kredit , cara pengiraan Jumlah Had Limit x 5% , jika had limit kad kredit RM5000 , maka RM250 (RM5000 x 5%) perlu di tolak .

Katakan komitmen bulanan hanya ansuran bulanan kereta saja berjumlah RM400 .

RM1500 - RM400 = RM1100

RM1100 X 200 = RM220K

Maka jumlah kelayakan harga rumah yang boleh anda boleh beli anggaran RM220K .

Mudah bukan !




No comments:

Post a Comment